You are not logged in.

Announcement

*** NOTICE: forum.openstreetmap.org is being retired. Please request a category for your community in the new ones as soon as possible using this process, which will allow you to propose your community moderators.
Please create new topics on the new site at community.openstreetmap.org. We expect the migration of data will take a few weeks, you can follow its progress here.***

#26 2020-11-27 08:02:42

angys
Member
From: Bukit Mertajam, Penang
Registered: 2016-06-10
Posts: 126

Re: Selamat datang kepada OSMer's baru (dan lama)

https://t.me/OpenStreetMapsMalaysia Jemputlah OSMers di Malaysia untuk menyertai group telegram ini, terima kasih.

Offline

#27 2022-07-31 07:12:49

kucai
Moderator
Registered: 2011-11-08
Posts: 354

Re: Selamat datang kepada OSMer's baru (dan lama)

Tip ke 12 (hehe.. selang setahun tambah tip)

Meletakkan sumber nama (source:name)

Perkara ini mula menjadi penting semenjak banyaknya penambahan nama daripada segala jenis mapper. Dan tak syak lagi, banyak juga nama yang copy paste dari google sebab bila dibuat ground survey, kita dapati nama sebenar adalah berbeza.

Ada berbagai jenis source:name
1) koordinit gps - yang ni paling senang. Orang boleh pergi kat gps ni, tengok ada papan tanda ke apa ke. Nak tengok dalam mapillary ataupun kartaview pun senang. Ada yang letak link kepada foto mapillary/kartaview. Koordinit ni boleh aja kita ambik dari dalam peta (JOSM - shift-ctrl-C) dan pastekan waktu kita tambah tagging.
2) survey
3) local knowledge.
4) etc seperti dokumen rasmi

Cadangan aku ialah supaya jenis 2 dan 3 diupgradekan kepada 1. Ini kerana no 2 dan 3 ni pernah dijadikan jawapan standard bila kita challenge penyumbang tersebut tentang asal-usul nama yang dia letakkan dalam peta. Sedangkan kita curiga/kagum/terkesima/takjub bagaimana dia seorang boleh hafal sekian banyak nama jalan di berbagai tempat serata semenanjung!

Offline

#28 2022-08-13 04:53:41

AkuAnakTimur
Moderator
From: Kedah, Malaysia
Registered: 2013-09-12
Posts: 328
Website

Re: Selamat datang kepada OSMer's baru (dan lama)

kucai wrote:

Ada berbagai jenis source:name
1) koordinit gps - yang ni paling senang. Orang boleh pergi kat gps ni, tengok ada papan tanda ke apa ke. Nak tengok dalam mapillary ataupun kartaview pun senang. Ada yang letak link kepada foto mapillary/kartaview. Koordinit ni boleh aja kita ambik dari dalam peta (JOSM - shift-ctrl-C) dan pastekan waktu kita tambah tagging.
2) survey
3) local knowledge.
4) etc seperti dokumen rasmi

Cadangan aku ialah supaya jenis 2 dan 3 diupgradekan kepada 1.

Sokong! Kalau tak pun boleh je cakap papan tanda ni jumpa di tempat sekian-sekian mercu tanda gitu.

Pernah jadi kes macam ni dah: katanya "seorang pemandu teksi yang boleh hafal hampir kesemua nama jalan di Kulim" padahal kantoi siang-siang hari cedok copypaste peta lain (singkatan Jl untuk Jalan - selalunya Jln atau tinggal huruf J je; atau Lor untuk Lorong... tak nak kantoi punya pasal tapi YTJT).

Nombor 4 tu dia masuk kategori warna kelabu. Tak putih, tak hitam. Jadi, awas... lainlah kalau terang-terang dah kata "takde hak cipta/tak perlu minta kebenaran" dan seumpamanya. Senang cerita kalau anda bukan seorang peguam atau ada ijazah dalam bidang perundangan, dan bahasa perundangan ni macam dialek makhluk asing planet Namek... elakkan. tongue Paling ringan abam/akak Data Working Group delete seketul-seketul. Paling teruk kalau-kalau kena panggil naik mahkamah luar Malaysia. Terbang fulus.

Offline

Board footer

Powered by FluxBB