OpenStreetMap Forum

The Free Wiki World Map

You are not logged in.

#1 2019-03-14 07:11:24

suriahk
Member
Registered: 2019-03-14
Posts: 1

Newbie OSM

Salam and Hi, Saya nak tanya soalan sikit tentang OSM.

1. Berapa kerap OSM ni akan diupdate utk map Malaysia
2. Kalau kita nak update map, macam mana cara dia?

saya baru je belajar bab mapping ni. Harap boleh tolong saya. Terima kasih smile

Offline

#2 2019-03-14 16:10:01

AkuAnakTimur
Moderator
From: Kedah, Malaysia
Registered: 2013-09-12
Posts: 215
Website

Re: Newbie OSM

Waalaikumussalam. Selamat datang ke OpenStreetMap (OSM).

Okay, sebelum tu guna aplikasi apa-apa tak? Kalau soalan ni rujuk tentang OpenStreetMap.org tu sendiri, macam nilah.

suriahk wrote:

1. Berapa kerap OSM ni akan diupdate utk map Malaysia

Serta-merta. Tak ada moderator, tak ada senarai tunggu. Anda edit, anda simpan, terus masuk dalam database OpenStreetMap.

Peta yang anda nampak tu, mungkin ambil masa sikit nak nampak. Reload saja, insya Allah, ada.

suriahk wrote:

2. Kalau kita nak update map, macam mana cara dia?

Kalau pakai komputer, log masuk OpenStreetMap macam biasa. Klik Edit, dan ada tutorial serba-sikit. Ikut panduan tutorial. Kalau ada apa-apa masalah, jemput-jemput tanya soalan kat sini.

App telefon paling popular sekarang ni MAPS.ME - boleh juga nak guna untuk update map. Edit dalam app, keluar terus dalam OpenStreetMap.org. Tapi update peta offline app ni dalam sebulan sekali.

Offline

Board footer

Powered by FluxBB