Selamat datang kepada OSMer's baru (dan lama)

Salam sejahtera.

Kali ni kita tulis dalam bahasa kita pulak. Asyik tulis dalam bahasa inggeris aja, nanti kot-kot ada yang kata geng2 pemeta malaysia ni semua geng kelab ekslusif. Tidak sekali2!, kami ini semua biasa2 aja.

Sekali lagi, selamat datang kepada penyumbang2 yang baru. Saya lihat ada juga penambahan ahli OSM, namun rasanya tidak ramai yang membuat sumbangan setakat ini. Tak apa, sikit-sikit dan slow-slow.

Pertama sekali, perlu fahami sumbangan anda tidak semestinya dalam bentuk menyurih (trace = surih) imej Bing, malah lebih lagi. Banyak lagi nama untuk jalan, bangunan, sungai dan sebagainya yang tidak ada dalam peta OSM Malaysia. Dengan menggunakan Potlatch, mudah sahaja untuk menambah maklumat ini. Bila dah biasa surih, boleh try gunakan JOSM untuk ganti Potlatch, ada lebih banyak fungsi power dalam JOSM, terutamanya fungsi validator untuk memperbetulkan kesilapan-kesilapan sumbangan org lain.

Boleh juga menyumbang dengan menggunakan lapor OSM bugs. Beritahu dengan seperinci mungkin apa yang tak betul dengan bahagian peta tersebut, almaklumlah imej Bing untuk Malaysia banyak yang sudah berumur.

Rasanya itu setakat ini sebagai pembukaan. Kalau ada soalan, sila kan, sama ada dalam bahasa melayu ataupun inggeris. Cuma jangan gunakan bahasa sms sangat, ramai antara kami ni xphm sgktn yg dgnkn org mda… :smiley:

p/s yang org lama pun tengoknya sonyap yoo… busy benor ek? :wink: Ada peluang mungkin elok kita update balik wiki page malaysia tuh…

-kucai-

Ok, Tip no 1…

Jangan gerakkan/offset gambar satelit Bing yang sedia ada

Ini selalu terjadi kalau kita edit menggunakan potlatch, dan ditambah burukkan lagi kalau kita guna laptop. Sebabnya, untuk mengoffset peta dalam potlatch ni mudah sangat, tekan spacebar lepas tu boleh jadi carca merba! :open_mouth:

Tetapi ada situasi di mana kita boleh offset. Ni dah kira advance sikit la nih… Pertama kalau kita ada banyak rekod gps yang berkualiti (maknanya gps tu lock banyak satelit. Kalau jenis yang garmin/papago letak dekat cigarrete lighter tu tak berapa ok dia punya accuracy. Kalau kat atas dash board ok sikit). Jadi dengan berasaskan rekod gps yang banyak ni kita boleh buat anggaran purata kat mana laluan yang paling baik.

Kes kedua ialah kalau kita boleh dapat gps koordinat/track dari juruukur. Kalau rajin, mintak le dari orang yang tengah buat ukur tu, mintak untuk satu jalanraya aja pun sudah cukup. Lepas tu, tukar koleksi koordinat tu ke format gpx, boleh import terus kalau edit pakai JOSM. Tak pun, upload ke http://www.openstreetmap.org/traces/tag/Malaysia/rss, catitkan bahawa ini adalah hasil ukur rasmi/geodetik. Nanti ada le orang tolong alignkan peta…

itu ajalah kot.

Mau memberikan nasihat kecil yang penting: Jangan takut mengubah data yang sudah ada.
Kalau mengubah data yang sudah ada, itu bukan penghinaan mapper lain, tetapi cara kerjasama yang baik!
Banyak kali data harus diubah: kalau nama jalan disini ini, dan disana itu, harus membagi (?, Inggris “split”) jalan itu membuat dua jalan. Kalau jalan disurih dari Bing, tidak punya nama (“name”), nomor (“ref”), dan banyak informasi lain seperti permukaan jalan (“surface” dan “smoothness”), lebaran (“width”), batasan kecepatan (“max_speed”) dll. Tambahlah informasi itu - mungkin harus membagi jalan kembali. Dari Bing juga tidak mudah terlihat bagaimana penting jalan itu - “primary”, “secondary”, “tertiary”, atau “unclassified”? Ubahlah kalau punya informasi itu!
Marilah kita kerjasama menciptakan peta Malaysia dan dunia!

Tip No 2 pulak

Guna maksimum zoom untuk edit

Ini disebabkan imej Bing terbaharu kadang2 wujud pada zoom maksimum sahaja, dan tidak selalunya sama dengan kedudukan jalan/sungai dsbnya pada zoom rendah. Boleh cuba tengok kawasan Banting, berdekatan sungai Langat. Perhatikan betapa banyak perbezaan tebing sungai pada tahap zoom yang berlainan. Satu lagi kawasan ialah sekitar selatan Puchong, pada zoom biasa nampak tanah baru disodok, pada zoom maksimum rupanya sudah ada jalan dan kawasan perumahan.

Masalah ini lebih khusus kepada pengguna Potlatch sebab imej dimuat turun secara berterusan, manakala dalam JOSM selalunya pengguna boleh zoom sampai semaksima mungkin kerana JOSM akan interpolate /menjajarkan imej Bing pada tahap zoom yang tertinggi.

Usah dirisau kiranya kita menggunakan terlalu banyak node sewaktu tracing/surih sebab kita boleh optimize kemudian. Dalam Potlatch ada kat options->Simplify Accuracy. Setkan kat satu takuk ke kanan dari High. Tekan Y waktu edit dan kita punya garisan akan dioptimumkan jumlah nodenya. Dalam JOSM, macam2 boleh adjust, kena buka kitab. :smiley:

Ok, dah lama senyap ni .

Tip 3:

Gunakan wireframe mode untuk lebih tepat

Kalau anda pernah cuba mengedit kawasan yang sudah sedia ada data OSM, contohnya simpang besar di highway, anda akan dapati jalannya berhimpit2 sehinggakan sukar untuk dilaraskan kembali jalan tersebut. Cuba tukar ke wireframe mode, ianya akan menukarkan segala data OSM kepada garisan sebesar mata pen. Ini memudahkan anda untuk trace/align imej Bing dengan lebih tepat.

Satu lagi kebaikannya ialah kita mampu untuk menjauhkan node dari 2 jalan yang berbeza bagi mengelakkan ianya tercantum tanpa sengaja. Contoh, jalan yang bersebelahan antara satu sama lain.

wokeh… gua dah nak habis idea dah nih…

Saya baru tahun lepas mula beropenstreetmap… :smiley:

Salam…

Ntah kenapa tiba-tiba bersemangat la pulak nak update kat sini.
**
Tip 4:**

Strategi klassifikasi jalan (cara mudah)

Kengkadang kita nak trace kawasan bandar (atau sekitarnya) yang mana tak ada orang local yang menyumbang ilmu kat kawasan tersebut. Jadi, untuk mengklasifikasi jalan perlu ada cara nak memulakannya. Selalunya tidak ada masalah untuk kenal jenis *motorway *(tak semestinya ada tol). Yang jenis trunk jangan gunakan dulu, ni klasifikasi yang agak spesial (dan haru biru) sikit. Yang selalu kita jumpa ialah primary, secondary dan tertiary. Residential, unclassified & service selalunya tidak memberi masalah untuk kita kenal pasti. Untuk 3 jenis yang pertama tu, strateginya ialah kita zoom out dulu peta untuk lihat jalan-jalan penting. Dari situ kita cuba suaikan jenis jalan dengan membayangkan unit GPS navigation (garmin, tomtom etc) sedang memberikan kita arahan jalan. Pasti kita boleh lihat secara kasar jalan yang akan diberikan untuk sampai ke satu-satu destinasi. Asalkan sahaja kita menyusun kepentingan primary, seconday & tertiary roads dengan teratur dan betul, selalunya itulah yang memadai.

p/s Jangan lupa syarat/panduan dalam OSM Wiki.
primary - Jalan penghubung antara 2 bandar besar
secondary - Jalan penghubung antara bandar2 kecil/pekan

Selagi mana kita tidak dapat klasifikasi rasmi dari JKR/Majlis, begini lah caranya kita nak kena buat. :confused:

wslerry, selamat datang aok bah! tabik lone ranger. hehe.

-kucai-

Tip 5:

Nama jalan dan tempat secara amnya

Ada beberapa petua nak bagi.

a) Di Malaysia, OSM menetapkan nama jalan / tempat disetkan dalam bahasa melayu sebagai default. Kiranya kita hendak masukkan sekali nama dalam bahasa Inggeris, gunakan tag “name:en=”

b) perbezaan nama ejaan lama dan baharu. Apabila ianya adalah nama yang telah wujud semenjak zaman dulu-dulu, maka nama itu lazimnya kekal dengan ejaan lama. Contoh: Kampung Chempedak, Tanjong, Alor dan sebagainya. Namun perkataan ‘kampong’ selalunya ditukarkan kepada kampung. Kampung yang baru wujud akan guna ejaan baharu. Kadang2 papan tanda pun kelam kabut juga. Sesiapa yang tahu di mana kita boleh rujuk ejaan rasmi tolong bagitahu (JKR tak selalunya boleh pakai). (Begitu juga ejaan ‘baru & baharu’ yang popular sekarang ni, kita tidak boleh membetulkan ejaan jalan dan tempat sesuka hati)

c) short form. Contohnya Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Ia ditulis begini:
name = Lebuhraya Pantai Timur
short_name = LPT

  *bukannya*        alt_name = LPT

sekian. buah cempedak outside fence, take pole jolok2an…hehe

apasai la diam aje forum ni…

Gazetir pun rasanya kena minta kebenaran JUPEM jugak kot… :frowning: Kalaulah gazetir tu tak ada kawalan hak cipta dari segi perkongsian terbuka.

Hello mappers. Saya sedang map bandaraya Ipoh dan sekitarnya. (Taiping dan Gerik ada map jugak)

Tip 6:

Elakkan redundant tagging

Contohnya seperti sekolah atau setesen minyak. Tandakan satu sahaja sebagai amenity = xxxx, yang bangunan apa sebagainya tu jangan ditanda sebagai amenity jugak.

Cara nak tag ialah
a) lukis kawasan sempadan, tag dengan amenity = school, name, alamat etc etc.
b) lukis bangunan sekolah, tandakan building yes atau opis atau surau dan sebagainya. Kalau ada nama masukkan, kalau sekadar blok A, blok B, yang tu boleh masuk dalam ref kalau mahu.
c) lukis padang, tandakan leisure = pitch, soccer, basketball dan berbagai
d) Jalan masuk boleh tandakan highway=service

Sama juga dengan stesen minyak. tag amenity=fuel untuk kawasan dan masukkan segala maklumat berkaitan (kalau rajin, simpan resit sebab boleh dapat maklumat poskod, nama kompeni, alamat etc) . Bangunan utama boleh tanda sebagai convenience store, tempat isi minyak boleh tanda building = roof. Laluan kenderaan tandakan highway= service.

Satu yang spesialnya bab amenity fuel ni (pada pandangan aku) untuk tandakan atm= no kalau tak ada atm. Ini kerana kita selalunya menganggap bahawa setiap stesen minyak ada atm (seolah-olah sebagai default), jadi bila tak ada atm maka kita tandakan atm=no sebagai maklumat tambahan.

Lepas ni nak tulis bab default value pulak… default value = nilai lalai dalam BM. Tak caya? cek dbp :laughing:

Tip 7:

Elakkan delete highway sedia ada

Antara falsafah OSM ialah kita membaiki peta dengan penambahbaikan kepada apa yang sedia ada. Maknanya, kalau dah ada highway kat tempat tu dan anda ada maklumat baru maka editlah highway yang sedia ada itu, JANGAN LE DELETE. Highway asal tu kita boleh alihkan ke jajaran baru yang lebih tepat, kita boleh reklassifikasi, kita boleh cantikkan dengan tambah node / kurang node, bagi nama baru dan berbagai lagi, tapi JANGAN LE DELETE. Lain le kalau highway karut marut yang potong tengah-tengah bangunan/rumah orang (melainkan kalau memang betul, tapi kena tag note= baru dibina/ new construction/ rumah kena sodok etc…sebagai maklumat kepada pemeta lain).

Dengan berbuat begini, kita boleh lihat sejarah hiway tersebut. Kalau ada kesilapan dalam edit terbaru, kita boleh tengok camana nak kembalikan kepada tag yang asal. Bahkan kita boleh contact peng’edit’ yang terdahulu untuk dapatkan penjelasan berkenaan hiway yang dia lukis.

Oleh itu, hargailah OSM bersama… JANGAN LE DELETE sembrono. :sunglasses:

Tip 8:

Format nama jalan baharu

Lama sangat dah tak post, masalah internet boh…

Saya baru perhatikan perkembangan di Terengganu di mana JKR mula meletakkan nama di papan tanda untuk jalan2 raya besar yg di dalam klasifikasi primary dalam OSM. Mereka mengambil pendekatan seperti berikut Jalan <bandar 1> - <bandar 2>, bahkan kadang-kadang lebih lagi, sehinggakan 3 bandar. Contohnya Jalan Bukit Payung - Rhu Rendang, bermakna jalan tu menghubungkan kedua-dua lokasi tersebut. Jadi bagaimana mereka tentukan lokasi pertama dengan lokasi kedua? Teori saya: Lokasi pertama dekat kepada bandar utama, lokasi kedua adalah tempat yg dihubungkan.

Contoh:
i) Jalan Bukit Payung - Rhu Rendang. > Bukit payung lebih dekat/signifikan kepada bandar utama iaitu Kuala terengganu.
ii) Jalan Kuantan - Kuala Terengganu. > Kuantan lebih dekat / signifikan dengan KL.
iii) Jalan Manir - Telemong - Tajin > Sama macam kes i.

Cuma kekadang seolah-olah macam tak ada koordinasi antara pejabat2 JKR. Jalan Kuantan-Kuala Terengganu tu juga ada dinamakan Jalan Chukai - Dungun, dan ada nama lain juga rasanya. Jadi di dalam bahagian2 tertentu, kena tambah alt_name: dalam tagging.

Selamat memeta!

Tip ke-9

Bagi pemeta yang baru berjinak-jinak dengan OpenStreetMap melalui penyunting iD, ketahui usia gambar satelit Bing dengan cepat - maklumat ini tepat pada 19 Julai 2017.

Tekan serentak CTRL, SHIFT dan B (atau ⌘, ⇧ dan B bagi komputer Mac). Klik Show tiles untuk melihat paparan grid seperti dalam animasi yang telah disisipkan.

Harapnya pada masa akan datang, usia gambar satelit DigitalGlobe turut dapat diketahui untuk memudahkan sebarang penyuntingan.

Tip ke 10

Kekeliruan highway=service dgn residential – dan berkenaan living street

Sori dah lama tak update. Kali ini nampak gayanya perlu buat keterangan pasal highway=service (walaupun ada buat assumption dalam Tip ke 4). Sebabnya adalah kerana terjumpa kawasan2 kampung di Kuala Kangsar pada waktu pilihanaraya dulu yang kesemuanya ditandakan dengan highway=service. Pening jap…

Antara ciri yang paling ketara ialah highway service ni majoritinya tak akan ada nama jalan, dan ianya paling bawah dalam keutamaan perisian navigation untuk routing.
Jadinya, ini adalah kes yang selalunya kita pakai tag highway=service:
1) jalan masuk keluar stesen minyak
2) jalan masuk/keluar/dalaman ke tempat2 seperti tangki air, pusat rawatan kumbahan etc.
3) jalan belakang rumah teres/opis/kedai
4) jalan kawasan masjid/sekolah/jpj (lihat juga dalam kes khas)
5) jalan di kawasan giant/mydin/etc
6) parking lot

dan seterusnya situasi yang ada kes khas:
7) jalan pembahagi antara 2 blok rumah teres. KECUALI kalau jalan tu lebar dan memang menjadi laluan hubungan. Yang tu boleh tag sebagai highway=residential, noname=yes. Ini kerana selalunya jalan ni memang tak ada nama kerana tak ada rumah yang beralamat pada jalan tersebut. Tapi kalau ada nama, masukkanlah nama. Kalau di kawasan kedai, boleh guna kombinasi highway=unclassified, noname=yes.
8) jalan di dalam kawasan berpagar yang luas, umpamanya universiti. Dalam kes ini, jalan utama akan kita tandakan sebagai highway=unclassified dan selalunya ada nama jalan juga. Manakalah jalan2 lain yang kecil tu akan jadi highway=service.
9) jalan dalam kampung. Dalam kes kampung/taman, satu ciri highway=service yang boleh dipakai ialah service=driveway. Ini bermakna jalan itu hanyalah menghubungkan satu rumah sahaja. Bezakan dengan jalan kampung yang kecil tapi mempunyai deretan rumah ( cuba juga lihat area Klang di mana ladang sawit persendirian dijadikan taman kecik dengan 2 baris rumah, ataupun kawasan2 di Kuala Terengganu). Kiranya dalam kes ini yang mempunyai jalan yang kecil-bahkan tidak berturap, boleh gunakan yang berikut
highway=residential
lanes = 1
width = (kalau tahu)
surface = dirt/gravel/unpaved (kalau tidak berturap). Jangan gunakan highway=track dalam kes ini.

Hilang idea la pulak…:slight_smile:

Ok yang last ialah berkenaan highway living street ni. Kalau ikut spec, living street ni asalnya dari UK dan ianya adalah jalan yang ditentukan oleh pihak berkuasa. Sekadar yang aku tahu, ini tidak diamalkan di Malaysia walaupun kita tahu waktu petang2 memang banyak jalan dalam taman menjadi tempat budak2 bermain - kalau terlanggar budak memang mati la drebar kena titik. Petua aku ialah untuk gunakan highway=residential untuk kawasan taman supaya routing software boleh berfungsi tanpa masalah. Hendak guna living street boleh, tapi guna pada jalan2 mati dalam taman.

Good point! Also highway=service can, or actually ought to, be specified in a more detailed way, i.e. with a service=driveway/parking_aisle etc. tag.

Assalam, saya ahli baru dan buat masa ni saya lebih kepada trace ‘single building’ macam kawasan sekolah. Saya mohon pencerahan untuk di Malaysia ni yang manakah kaedah terbaik bagi tracing ‘terrace’ seperti rumah kedai atau rumah. Sama ada trace sekaligus (1 kotak untuk keseluruhan row), atau trace berdasarkan setiap unit (10 kotak bersambung untuk 10 unit rumah kedai) Saya tengok ada disetetengah tempat macam denmark ada yang trace untuk setiap unit teres tersebut, tapi kebanyakannya yang saya jumpa just buat 1 kotak panjang.

Terima kasih

2 cara.

  1. trace setiap unit rumah teres. Kalau dalam editor JOSM, ada plugin building terracer (tp last2 ni tak berfungsi la pulak) yg boleh buat secara automatik. Kita trace 1 kotak panjang, klik butang building terracer, bagitahu berapa banyak unit yang ada, lepas tu dia automatik buat kotak2 sempadan rumah.

  2. trace satu kotak panjang. Lepas tu letak node dekat setiap unit rumah utk alamat. Dalam JOSM pun ada plugin untuk luruskan node node ni, dan boleh seragamkan jarak antara node secara automatik.

Secara peribadi, dulu saya buat cara pertama. Tapi sekarang dah buat cara kedua. Sebabnya adalah nak kurang jumlah node, supaya map yg kita download kat henset kita tak terlalu ‘berat’ dengan jumlah node yang banyak. (benda yang sama saya lakukan ketika tracing jalanraya bebagai, optimumkan jumlah node supaya jumlahnya minimal tapi geometri masih lagi cantik. Jgn jadi mcm sesetengah grup yang trace jalan pergi jamban belakang rumah pun buat sampai berpuluh node :P)

Terima kasih tuan atas penjelasan. Konsepnya sama macam buat 3d la ya, kalau 3d perlukan kurangkan poligon. Untuk OSM ni kurangkan nodes. Buat masa ni saya cuma fokuskan kawasan komersil warisan untuk lot individu. Untuk tipikal rumah teres lebih praktikal gunakan 1 kotak panjang saja… Pertanyaan kedua saya, untuk kawasan berbumbung laluan pejalan kaki (contoh yang hubungkan blok-blok hospital, sekolah) adakah lebih sesuai menggunakan line (footpath,path) atau box seperti building. .Terima kasih

Penjelasan. OSM secara rasminya tak ada cerita pasal jumlah node. Yg usaha kurangkan node ni hanyalah pandangan peribadi saya je. Kalau nak kira tracing lengkungan selekoh boleh aja buat sampai infiniti jumlah node supaya nampak cantik perfect, tp praktikal kegunaan adalah kebanyakannya untuk road navigation kat henset. Pun begitu, dalam JOSM simplify node punya parameter saya masih lagi letak setting jarak 1 meter lebih.

Bab bumbung berbagai tu kena nanti yang lebih arif (yg buat wiki osm malaysia boleh bagi panduan kot). Saya selalunya trace bangunan2 utama aja bila masukkan poi daripada survey.