Punca nama dan implikasinya

Jalan Balik Bukit di bandar Kuala Terengganu. Nama ni dinukilkan oleh budak russia yang dah disahkan tak boleh pakai punya edit. Aku sendiri sudah jalan kaki sepanjang jalan ni dari Shell Pulau Kambing sehinggalah ke bandar. Tak jumpa sebarang tanda nama jalan pun (ni standard Terengganu - jalan tak bernama ada merata-rata. Yang nama sebelah je pun ada) . Yang diketahui jalan dari Shell pulau kambing ke Chabang Tiga dipanggil Jalan Hiliran.

Timbul masalah problem bila kita check alamat Jabatan Kastam berbanding dengan Hotel Felda residence yang terletak sebelah-menyebelah di jalan yang sama. Hotel Felda letak alamat Jalan Hiliran, manakala Jabatan Kastam letak alamat Jalan Balik Bukit.

Ini salah satu masalah daripada Google sehinggakan nama asal jalan hilang dan diganti oleh apa yang editor diorang letak, kemudian bisnes2/agensi berbagai main taruh nama yang dijumpai di dalam Google maps.

Kalau bab Google Maps… sekarang entahlah. Nama jalan besar pun kadang-kadang merepek entah apa-apa. Bulan ni nama macam ni, lagi dua tiga bulan tukar pulak. Sebab tu kalau boleh mohon jangan kantoi besar cedok dari Google Maps. Tak pasti Google Maps sengaja letak nama jalan bukan-bukan ni nak tangkap yang buat onar :laughing: