OpenStreetMap Forum

The Free Wiki World Map

You are not logged in.

#1 2013-01-10 08:47:55

Selamat datang kepada OSMer's baru (dan lama)

Salam sejahtera.

Kali ni kita tulis dalam bahasa kita pulak. Asyik tulis dalam bahasa inggeris aja, nanti kot-kot ada yang kata geng2 pemeta malaysia ni semua geng kelab ekslusif. Tidak sekali2!, kami ini semua biasa2 aja.

Sekali lagi, selamat datang kepada penyumbang2 yang baru. Saya lihat ada juga penambahan ahli OSM, namun rasanya tidak ramai yang membuat sumbangan setakat ini. Tak apa, sikit-sikit dan slow-slow.

Pertama sekali, perlu fahami sumbangan anda tidak semestinya dalam bentuk menyurih (trace = surih) imej Bing, malah lebih lagi. Banyak lagi nama untuk jalan, bangunan, sungai dan sebagainya yang tidak ada dalam peta OSM Malaysia. Dengan menggunakan Potlatch, mudah sahaja untuk menambah maklumat ini. Bila dah biasa surih, boleh try gunakan JOSM untuk ganti Potlatch, ada lebih banyak fungsi power dalam JOSM, terutamanya fungsi validator untuk memperbetulkan kesilapan-kesilapan sumbangan org lain.

Boleh juga menyumbang dengan menggunakan lapor OSM bugs. Beritahu dengan seperinci mungkin apa yang tak betul dengan bahagian peta tersebut, almaklumlah imej Bing untuk Malaysia banyak yang sudah berumur.

Rasanya itu setakat ini sebagai pembukaan. Kalau ada soalan, sila kan, sama ada dalam bahasa melayu ataupun inggeris. Cuma jangan gunakan bahasa sms sangat, ramai antara kami ni xphm sgktn yg dgnkn org mda... big_smile

p/s yang org lama pun tengoknya sonyap yoo... busy benor ek? wink Ada peluang mungkin elok kita update balik wiki page malaysia tuh..

-kucai-

Offline

#2 2013-01-22 10:26:17

Re: Selamat datang kepada OSMer's baru (dan lama)

Ok, Tip no 1....

Jangan gerakkan/offset gambar satelit Bing yang sedia ada

Ini selalu terjadi kalau kita edit menggunakan potlatch, dan ditambah burukkan lagi kalau kita guna laptop. Sebabnya, untuk mengoffset peta dalam potlatch ni mudah sangat, tekan spacebar lepas tu boleh jadi carca merba! yikes

Tetapi ada situasi di mana kita boleh offset. Ni dah kira advance sikit la nih.. Pertama kalau kita ada banyak rekod gps yang berkualiti (maknanya gps tu lock banyak satelit. Kalau jenis yang garmin/papago letak dekat cigarrete lighter tu tak berapa ok dia punya accuracy. Kalau kat atas dash board ok sikit). Jadi dengan berasaskan rekod gps yang banyak ni kita boleh buat anggaran purata kat mana laluan yang paling baik.

Kes kedua ialah kalau kita boleh dapat gps koordinat/track dari juruukur. Kalau rajin, mintak le dari orang yang tengah buat ukur tu, mintak untuk satu jalanraya aja pun sudah cukup. Lepas tu, tukar koleksi koordinat tu ke format gpx, boleh import terus kalau edit pakai JOSM. Tak pun, upload ke http://www.openstreetmap.org/traces/tag/Malaysia/rss, catitkan bahawa ini adalah hasil ukur rasmi/geodetik. Nanti ada le orang tolong alignkan peta..

itu ajalah kot.

Offline

#3 2013-01-27 14:18:35

Re: Selamat datang kepada OSMer's baru (dan lama)

Mau memberikan nasihat kecil yang penting: Jangan takut mengubah data yang sudah ada.
Kalau mengubah data yang sudah ada, itu bukan penghinaan mapper lain, tetapi cara kerjasama yang baik!
Banyak kali data harus diubah: kalau nama jalan disini ini, dan disana itu, harus membagi (?, Inggris "split") jalan itu membuat dua jalan. Kalau jalan disurih dari Bing, tidak punya nama ("name"), nomor ("ref"), dan banyak informasi lain seperti permukaan jalan ("surface" dan "smoothness"), lebaran ("width"), batasan kecepatan ("max_speed") dll. Tambahlah informasi itu - mungkin harus membagi jalan kembali. Dari Bing juga tidak mudah terlihat bagaimana penting jalan itu - "primary", "secondary", "tertiary", atau "unclassified"? Ubahlah kalau punya informasi itu!
Marilah kita kerjasama menciptakan peta Malaysia dan dunia!

Offline

#4 2013-01-31 11:10:24

Re: Selamat datang kepada OSMer's baru (dan lama)

Tip No 2 pulak

Guna maksimum zoom untuk edit

Ini disebabkan imej Bing terbaharu kadang2 wujud pada zoom maksimum sahaja, dan tidak selalunya sama dengan kedudukan jalan/sungai dsbnya pada zoom rendah. Boleh cuba tengok kawasan Banting, berdekatan sungai Langat. Perhatikan betapa banyak perbezaan tebing sungai pada tahap zoom yang berlainan. Satu lagi kawasan ialah sekitar selatan Puchong, pada zoom biasa nampak tanah baru disodok, pada zoom maksimum rupanya sudah ada jalan dan kawasan perumahan.

Masalah ini lebih khusus kepada pengguna Potlatch sebab imej dimuat turun secara berterusan, manakala dalam JOSM selalunya pengguna boleh zoom sampai semaksima mungkin kerana JOSM akan interpolate /menjajarkan imej Bing pada tahap zoom yang tertinggi.

Usah dirisau kiranya kita menggunakan terlalu banyak node sewaktu tracing/surih sebab kita boleh optimize kemudian. Dalam Potlatch ada kat options->Simplify Accuracy. Setkan kat satu takuk ke kanan dari High. Tekan Y waktu edit dan kita punya garisan akan dioptimumkan jumlah nodenya. Dalam JOSM, macam2 boleh adjust, kena buka kitab. big_smile

Offline

#5 2013-04-01 10:11:46

Re: Selamat datang kepada OSMer's baru (dan lama)

Ok, dah lama senyap ni .

Tip 3:

Gunakan wireframe mode untuk lebih tepat

Kalau anda pernah cuba mengedit kawasan yang sudah sedia ada data OSM, contohnya simpang besar di highway, anda akan dapati jalannya berhimpit2 sehinggakan sukar untuk dilaraskan kembali jalan tersebut. Cuba tukar ke wireframe mode, ianya akan menukarkan segala data OSM kepada garisan sebesar mata pen. Ini memudahkan anda untuk trace/align imej Bing dengan lebih tepat.

Satu lagi kebaikannya ialah kita mampu untuk menjauhkan node dari 2 jalan yang berbeza bagi mengelakkan ianya tercantum tanpa sengaja. Contoh, jalan yang bersebelahan antara satu sama lain.

wokeh.. gua dah nak habis idea dah nih..

Offline

#6 2014-02-25 06:02:59

Re: Selamat datang kepada OSMer's baru (dan lama)

Saya baru tahun lepas mula beropenstreetmap.. big_smile

Offline

#7 2014-05-08 07:47:44

Re: Selamat datang kepada OSMer's baru (dan lama)

Salam..

Ntah kenapa tiba-tiba bersemangat la pulak nak update kat sini.

Tip 4:

Strategi klassifikasi jalan (cara mudah)

Kengkadang kita nak trace kawasan bandar (atau sekitarnya) yang mana tak ada orang local yang menyumbang ilmu kat kawasan tersebut. Jadi, untuk mengklasifikasi jalan perlu ada cara nak memulakannya. Selalunya tidak ada masalah untuk kenal jenis motorway (tak semestinya ada tol). Yang jenis trunk jangan gunakan dulu, ni klasifikasi yang agak spesial (dan haru biru) sikit. Yang selalu kita jumpa ialah primary, secondary dan tertiary. Residential, unclassified & service selalunya tidak memberi masalah untuk kita kenal pasti. Untuk 3 jenis yang pertama tu, strateginya ialah kita zoom out dulu peta untuk lihat jalan-jalan penting. Dari situ kita cuba suaikan jenis jalan dengan membayangkan unit GPS navigation (garmin, tomtom etc) sedang memberikan kita arahan jalan. Pasti kita boleh lihat secara kasar jalan yang akan diberikan untuk sampai ke satu-satu destinasi. Asalkan sahaja kita menyusun kepentingan primary, seconday & tertiary roads dengan teratur dan betul, selalunya itulah yang memadai.

Selagi mana kita tidak dapat klasifikasi rasmi dari JKR/Majlis, begini lah caranya kita nak kena buat. hmm

wslerry, selamat datang aok bah! tabik lone ranger. hehe.

-kucai-

Last edited by kucai (2014-05-08 07:49:45)

Offline

#8 2014-08-11 06:55:02

Re: Selamat datang kepada OSMer's baru (dan lama)

Tip 5:

Nama jalan dan tempat secara amnya

Ada beberapa petua nak bagi.

a)  Di Malaysia, OSM menetapkan nama jalan / tempat disetkan dalam bahasa melayu sebagai default. Kiranya kita hendak masukkan sekali nama dalam bahasa Inggeris, gunakan tag "name:en="

b)  perbezaan nama ejaan lama dan baharu. Apabila ianya adalah nama yang telah wujud semenjak zaman dulu-dulu, maka nama itu lazimnya kekal dengan ejaan lama. Contoh: Kampung Chempedak,  Tanjong, Alor dan sebagainya. Namun perkataan 'kampong' selalunya ditukarkan kepada kampung. Kampung yang baru wujud akan guna ejaan baharu. Kadang2 papan tanda pun kelam kabut juga. Sesiapa yang tahu di mana kita boleh rujuk ejaan rasmi tolong bagitahu  (JKR tak selalunya boleh pakai). (Begitu juga ejaan 'baru & baharu' yang popular sekarang ni, kita tidak boleh membetulkan ejaan jalan dan tempat sesuka hati)

c)   short form.  Contohnya Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Ia ditulis begini:
      name = Lebuhraya Pantai Timur
      short_name = LPT

      bukannya        alt_name = LPT

sekian. buah cempedak outside fence, take pole jolok2an....hehe

apasai la diam aje forum ni..

Last edited by kucai (2014-08-11 06:55:44)

Offline

#9 2014-08-13 22:58:48

Re: Selamat datang kepada OSMer's baru (dan lama)

Sesiapa yang tahu di mana kita boleh rujuk ejaan rasmi tolong bagitahu  (JKR tak selalunya boleh pakai).

Gazetir pun rasanya kena minta kebenaran JUPEM jugak kot... sad Kalaulah gazetir tu tak ada kawalan hak cipta dari segi perkongsian terbuka.

Offline

#10 2014-08-30 07:06:09

Re: Selamat datang kepada OSMer's baru (dan lama)

Hello mappers.  Saya sedang map bandaraya Ipoh dan sekitarnya.  (Taiping dan Gerik ada map jugak)

Offline

#11 2014-11-14 03:41:56

Re: Selamat datang kepada OSMer's baru (dan lama)

Tip 6:

Elakkan redundant tagging

Contohnya seperti sekolah atau setesen minyak. Tandakan satu sahaja sebagai amenity = xxxx, yang bangunan apa sebagainya tu jangan ditanda sebagai amenity jugak.

Cara nak tag ialah
a)   lukis kawasan sempadan, tag dengan amenity = school, name, alamat etc etc.
b)   lukis bangunan sekolah, tandakan building yes atau opis atau surau dan sebagainya. Kalau ada nama masukkan, kalau sekadar blok A, blok B, yang tu boleh masuk dalam ref kalau mahu.
c)   lukis padang, tandakan leisure = pitch, soccer, basketball dan berbagai
d)  Jalan masuk boleh tandakan highway=service

Sama juga dengan stesen minyak. tag amenity=fuel untuk kawasan dan masukkan segala maklumat berkaitan (kalau rajin, simpan resit sebab boleh dapat maklumat poskod, nama kompeni, alamat etc) . Bangunan utama boleh tanda sebagai convenience store, tempat isi minyak boleh tanda building = roof. Laluan kenderaan tandakan highway= service. 

Satu yang spesialnya bab amenity fuel ni (pada pandangan aku) untuk tandakan atm= no kalau tak ada atm. Ini kerana kita selalunya menganggap bahawa setiap stesen minyak ada atm (seolah-olah sebagai default), jadi bila tak ada atm maka kita tandakan atm=no sebagai maklumat tambahan.

Lepas ni nak tulis bab default value pulak..   default value = nilai lalai dalam BM. Tak caya? cek dbp lol

Last edited by kucai (2014-11-14 03:43:16)

Offline

#12 2014-12-12 04:25:08

Re: Selamat datang kepada OSMer's baru (dan lama)

Tip 7:

Elakkan delete highway sedia ada

Antara falsafah OSM ialah kita membaiki peta dengan penambahbaikan kepada apa yang sedia ada. Maknanya, kalau dah ada highway kat tempat tu dan anda ada maklumat baru maka editlah highway yang sedia ada itu, JANGAN LE DELETE. Highway asal tu kita boleh alihkan ke jajaran baru yang lebih tepat, kita boleh reklassifikasi, kita boleh cantikkan dengan tambah node / kurang node, bagi nama baru dan berbagai lagi, tapi JANGAN LE DELETE. Lain le kalau highway karut marut yang potong tengah-tengah bangunan/rumah orang (melainkan kalau memang betul, tapi kena tag note= baru dibina/ new construction/ rumah kena sodok etc...sebagai maklumat kepada pemeta lain).

Dengan berbuat begini, kita boleh lihat sejarah hiway tersebut. Kalau ada kesilapan dalam edit terbaru, kita boleh tengok camana nak kembalikan kepada tag yang asal. Bahkan kita boleh contact peng'edit' yang terdahulu untuk dapatkan penjelasan berkenaan hiway yang dia lukis.

Oleh itu, hargailah OSM bersama.. JANGAN LE DELETE sembrono. cool

Offline

Board footer

Powered by FluxBB
Hosting sponsored by Oxilion
Report abuse to osm at na1400 dot info